7/11/1009 - Tugasan yang hampir selesai

Assalamulaikum
Tiba masanya aku mengisi kembali ruangan yg selama ini aku tinggalkan. Bukan apa hanya kesempatan masa yang begitu terhad ketika ini.Maklumlah aku berada disetuasi yang memerlukan commitment semua pekerja untuk menyiapkan projek yg diamanahkan. Alhamdulilah..dua buah module atau platform telah selamat dihantar kelokasinya diperairan sabah dan berbaki dua lagi platform untuk di siapkan pada penghujung tahun ini dan bakal dihantar diperairan Terangganu. Ketika ni kerja2 berada pada tahap kemuncak kerana hanya ada masa selama sebulan sahaja lagi.Insaallah akan dilampirkan sekali poto2 platform yg telah selamat dipasang ditengah lautan sabah.Inilah sumbangan kami untuk kemajuan teknologi petrolium negara.Kepada semua sahabat2..ku ucapkan assalamulaikum..semoga diberkati allah selalu.Wassalam

21=10 2009

Wah begitu lama aku tinggalkan laman aku ni...aku tak kesempatan dan bait2 malas dah menguasai diriku....
Ahhh..biarkan lah dulu...aku nak bela penunggu kt sini...heeee...

31 Ogos 2009 - Selamat menjalani ibadah puasa dan hayati erti kemerdekaan

Selamat berpuasa di bulan Ramadan al mubarak semoga amalan yg di kerjakan insallah diterima Allah dan tunaikanlah seikhlasnya. Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun.Anda semua tahu apakan selogan pada tahun ini?Kalau tidak pasti..selak2 dan bacalah di akhbar2 atau di kaca tv.Ohh ya..sesungguhnya sudah lama saya meninggalkan blog ini....ialah bukan apa kesempatan dan ruang masa yang tidak mengizinkan. Ketka ini saya dan rakan2 di sini sedang berusaha untuk mengeluarkan produk yg kami hasilkan untuk di hantar kepada pelanggan iaitu Petronas Carigali.Ianya berlanjutan sehinggalah hampir menjelma aidil fitri.Ianya akan dipasang sekitar perairan Serawak.Insallah selepas projek ini siap..maka adalah ruang masa untuk mengisi blog ini dan mengunjungi teman2..
sekian....( ehh macam anta surat lak...hehheheh..)

apakah personaliti anda...30/07/09

Apa2pun, jom kita layan dulu artikel tentang RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI ini. Zassssss…………..
Oppssss….sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.
So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?
1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)

• PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!
Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

• BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.
Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.
Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

• TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

• BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

• GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.
so anda baca dan lihat2 diri anda dan pasangan anda....

22 jun 2009 - cara nak jawab pone time boring..

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Haa..cobalah...hehehee

memo cuti - 16 jun 2009

Perkara : CUTI SAKIT

Kepada : Semua Pekerja

Daripada : Pihak Pengurusan

Salinan : Semua Pembaca Memo Ini



Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru
berkenaan

pengambilan cuti sakit.



Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu

anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit.Itu

cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunan

walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau

dibawa ke tahun seterusnya.



MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang

cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok

bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau

dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.



Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit

sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan

pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.



Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda

tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara
serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan
yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi
tidak digalakkan.



Sekian, harap maklum.



"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,

BERCUTI SAKIT DAHULU,

HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"


Yang Benar

Pihak Pengurusan

24 may 2009 -hubungan antara manusia & buah2an

Hubungan antara manusia & buah-buahan


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!


Opsss! Jgn marah yaaa... hehehehe