27 Feb 2009 -uji minda


uji kelajuan minda anda....jika ada kekurangan..anda dinasihatkan cari penawarnya..hahhaa.Anda perlu besarkan image ni dan cari..apa yg diperlukan...mari mencuba..

27 Feb 2009 - Training at Secondary School












Ini adalah gamba2 yg sempat aku abadikan semasa latihan menyelamat dan memadam kebakaran yang telah diadakan di sebuah sekolah menengah dibawah ko-korikolum activities.....

23 FEB 2009 - SEGALANYA TERBANG





Sabtu lepas..aku and family pagilah jalan2 kefestival layang2 antara bangsa yg ke 14. Tahun ni masok kali yg ke 14...namun yang aku ingat hanya 3 kali aku tengok festival ni. Bukan apa...sebenarnya bukan nak tengok layang2 tu..tapi ramai yg buat acara sendiri...emm anda lihatlah..dulu hidupan laut berada didalam air..kini dah ada diatas udara....

17 FEB 2009- Mari kita fikirkan

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?
Komen anda dialu2kan...terutama wanita2 diluar sana.....mari..mari..mari..


IKAN SALOMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.....

IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

IKAN MAS KOK
Iini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........


IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI….LU PIKIR LAH SENDIRI….HAHAAA

16 Feb.2009- misi d tioman








Sebenarnya aku baru balik dari misi di pulau tioman. Tapi sebelum tu.. cerita perjalanan aku menuju ke jeti di mersing. Pukul 6.30 am kami telah berkumpul di kawasan tempat kerja..cek2 nama dan peralatan. Tepat pukul 7.00 am bas kami bergerak menuju keMersing. Sebenarnya aku ni fobia naik bas..aku tak tahan lah...mabok tau...tapi aku gagahkan jugak.Perut aku sebenarnya kosong gak..sebab takut nak makan.Dalam bas aku gelisah..dahlah bas tu sekejap kekiri..sekejap kekanan.mengikut alunan jalan yang berliku2..aku semakin gelisah...bilalah nak sampai di mersing niii..lebih kurang 2 jam perjalanan..aku sampai gak di jeti mersing..tapi badan aku dah rasa semacam jer...perut aku mual..aku pun cari port..nak aku keluarkan segala angin yang berputar didalam perut aku nii...lepas tu lega sikit....tapi aku still risau...lepas ni nak naik feri lak...2 jam lagi...aku tabahkan ati gak...setelah berada dalam feri..ia pun meluncur ke destinasi...alhamdulilah..aku tak mengalami ganguan..steady jer...akhirnya sampai gak ke pulau tioman...Disana telah ada beberapa bas yang menanti kami untuk membawa kami ke Berjaya resort.Bilik telah disediakan untuk kami...aku pun tak mengambil masa panjang.terus kebilik dan cari katil terus buumm....malam ada discussion..petang nanti free activiti dan au ambil beberapa view di sana....teman2 nikmatilah bersama yaa....

12 feb 2009- ke pulau tioman

Tu hari..trip ke pulau tioman telah dibatalkan berikutan cuaca. Tapi kini telah ditetapkan pada 13/2/09..kami projek team akan belayar kesana untuk brain stoming mengenai projek yang sedang kami kerjakan..kearah mana yg hendak dituju dan macamana hendak capai date line yang begitu singkat iaitu selama 12 bulan bermula dari bulan Mei 2008 dan akan sampai due datenya pada 1 ogos 2009.Begitulah setiap projek yang kami lakukan..akan ada meeting sebegitu agar masing2 tahu arah tuju..dan selebihnya adalah honey moonnnn....

8 Feb 2009- Lawatan ke UTM Skudai Johor




Sempena majlis Eksplorasi mahasiswa Kolej Tun Razak UTM. kami dijemput untuk hadir kekampus itu . Untuk menjayakannya..pihak UTM telah menyediakan 2 buah bas utk kemudahan kami.Sampai di UTM kira2 pukul 9.00am..kami dibawa kedewan dahulu utk berserapan dan selepas tu kami dibawa melawat kesekeliling kawasan UTM.Beberapa tempat telah dibawa seperti kekawasan lab utk ekstrak herba. Diterangkan serba sedikit bagaimana pemerosas ekstrak herba tersebut.Sebelum majlis penutup diadakan sedikit persembahan dari penutut UTM sendiri dan cenderahati.Anak2 kami yang mengikuti progrem yg dianjurkan oleh UTM Diberikan sijil penyertaan serta diserahkan kembali kepada kami semula. Sebenarnya mereka telah berada disana selama 2 malam.Berikut ada sedikit poto saya selitkan

7 Feb 2009- birthday my wife








Hari ini adalah hari lahir wife saya.Walaupun x begitu meriah kerana tiada anak2 disisi, tetapi aku tetap menyambutnya..serta ucapan dari anak2 melalui pone.Adalah sedikit hadiah dari saya. Lepas tu saya ajak dia jalan2 meronda kota. ke Larkin dan KeAngsana.Tempat pertama yg ditujunya adalah kedai yg. menjual hiasan dalam rumah berupa hiasan kaca ( romantica ). Saja tengok2 katanya.Lepas tu kami kekedai yg menjuaal hiasan dari kaca gak tetapi dari Iran.Ada sale 70%less. Ada beberapa hiasan yg dibelinya.Agak lama kami berada diangsana..lebih kurang hingga pukul 3.00 pm. Selepas tu kami pulang dan singgah sebentar di Tesco. Saja jalan2..dan akhirnya distinasi akhir kami adalah di pusat bandar p.gudang sebelum pulang kerumah. Adalah sedikit poto yg saya titipkan disini.

5 FEB 09- EQUIPMENT INSTALLATION



Hari ini team aku ada kerja2 lifting vessel untuk dimasokan kedalam module
KUJT-A.Segala persiapan telah dilakukan untuk kerja2 tersebut. Tepat pukul 4.oopm kerja2 lifting dijalankan. Berikut adalah gamba lifting tersebut.

31 Jan 09-kecemasan dan kemalangan

Pada hari jumaat lepas..selepas solat jumaat..aku ketempat kerja seoerti biasa dan terus lepak di CDERT opis. Dalam pukul 3 pm..dapat satu panggilan kecemasan menghubungi team emergency...tu pertandanya ada satu kemalangan telah berlaku.Aku dan beberapa anggota bergegas ketempat kejadian disertai team pramadik.Sampai di tempat kejadian terdapat seorang mangsa dipangku oleh sahabatnya...terbaring serta mengerang kesakitan.Dengan jelas kelihatan kakinya dibahagian peha terdapat perdarahan dan kesan kecederaan..aku membantu pramadik merawat dan membalut luka tersebut dan memasokan mangsa kedalam ambulance dan menghantarnya kehospital...sebenarnya ada seorang lagi mangsa pengsan yang berada tidak jauh dari situ dan telah diberikan rawatan...( TERKEJUT )Setelah disiasat sebab kemalangan itu berlaku adalah disebabkan kegagalan atau salah satu dari komponen "BLASTING PORT "telah tertanggal dan disebabkan adanya tekanan angin yang tinggi..komponen besi tersebut tertanggal dan menghasilkan satu letupan yg kuat serta bahan tersebut menghentam peha mangsa..bayangkan jika ia mengenai bahangian muka..setelah itu semua kegiatan Blasting di hentikan dan diarah untuk melakukan pemeriksaan terhadap Port Blasting masing2..dan setelah dibuat pemeriksaan dan didapati selamat untuk digunakan barulah dibenarkan untuk meeneruskan kerja mereka...so hati2 sebelum melakukan segala kerja anda...kemalangan sentiasa menghampiri kita..careful..