berbuka di giant Plentong






Semalam aku ronda2 di Giant..sambil belilah sedikit barangan dapor.OOOramai gak manusia ni..singgah jap kat kedai kain Nagoya tuuu...pas tu singgahlah d bazar kat situ..
Aku cari meja utk berbuka.Ramai org..nasib baik aku dapat booking meja.Yg lain order makanan.Ha ari ni aku makan nasi ayam black paper..ngan air 2 ni lah..so selamat berbuka.Pas tu nak jalan balek..tengok jap ikan giant tu...emm besarr..

ronda2


Masa ronda2 kat tesco..aku jeling2lah kat sebuah kedai kasut wanita tu....tetiba mata ku terpandang satu benda tuu...ialah teringat kata2 kawan tu...nak cari sandal merah..katanya susah nak cari...dia berkenan katanya..emm aku pun snep lah gamba sandal tu..dgn harapan agar member tu jengok kat laman ni....hilang sikit rasa keinganan dia tu....ala sandal tu banyaklah kat sini...jenama Fabiranno Ricco..harga dalam RM 30.00..HA tingok lah sampel yg sya setakan ni...hahhehee..

27sept 2008 ucapan hari raya

Disini aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fiteri ' Mintak maaf jika selama ini pada kekawan yang menjenguk ke blog ni ada yang terasa hati pada paparan yang saya lampirkan..bukan ada tujuan lain melainkan hanya sekadar gurauan maupun sedikit usikan.Hati2 memandu dijalan raya...assalamulaikum..

26 sept 2008


Hari ni cuaca sejuk..ujan lebat.Suasana raya semakin dirasai..tapi jalan raya masih sesak..mungkin lusa lapang koz..ialah masing2 dah blah blek kampong kann..
aku pulak...plan balik kampong aku.pada malam raya....sebab..tak jauh..jalan raya lenggang..kurang kenderaan...perasaan tu happy jer..x tension dgn kesesakan jalan raya.Satu jer harapan aku agar kepada kekawan yg nak memulai perjalanan yg jauh ikutilah panduan jalanraya...check kenderaan tu sebelum memulakan perjalanan...brek ok ker...minyak engine cukup ker....angin tayar ok ker...bunga tayar cukup ker...ialah benda2 ni kan melibatkan keselamatan...lagi satu hal kesihatan kita..kna jaga beb..ialah klu ngantuk kan masalah tu..
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA KEKAWAN...

25 sept 2008 Tool box brifing / progress






Pagi ni...tepat kul 8.00am toll box brifing & progress status.Aku di tempatkan pada platform Welhead F9JT-A / KUJT-A ( Kumang Cluster ) DAN MLDP / LHDP ( Tangga Barat ).
Sebelum bercuti hari raya...semua aktiviti perlu di optimumkan untuk persediaan selepas hari raya.Kebanyakan contractor akan bercuti selama 4 ari.Aku dan plan cuti selama 5 ari plus holidaylah.Sebenarnya projek ni baru nak di gerakan. Baru first stage.Lain2 project telah mencapai progerss mereka dan ada dah hampir pada load out status after hari raya nii...cepatlah keluar....lapang sikit yard nii...hehee. Berikut adalah beberapa project yg telah hampir siap..

24 sept 08 cerita semalam




Ini adalah taman riadah.Disini juga setiap tahun diadakan pertandingan layang2 sedunia dalam bulan febuary.Saja ronda2 dan pusing2..amik angin petang sambil tu posinglah...Tempat ni dipanggil " Bukit Layang-layang " Terdapat sebuah muzium disini yang dipanggil 'MUZIUM LAYANG2".Selalunya di minggu pertama selain dalam bulan posa ni..diadakan senaman J-Robek...ramai wooo..

24 sept 08 Memori ketika mengadakan latihan





Ini adalah gambar kenangan semasa aku dan rakan2 mengadakan latihan menyelamat di aras tinggi " High angle resque " using upsling method.Di situ kami mengimbas kembali cara2 penyediaan peralatan,pemeriksaan,cara ikatan dan cara utk resque from high angle.Aku adalah orang pertama yg turun menggunakan absling tersebut..rasa teruja aku pabila menuruni bangunan..dari satu aras ke satu aras hingga tiba ketanah..kalau anda ada keinginan dan keberanian ingin mencuba...cubalah...anda boleh cuba juga "fling fox"...just flyyyyy....