29 nov 08 - aktiviti masa cuti

Hari ini...ada jemputan kawin...esok ada jemputan kawin...dan di mana2 ada jer..kenduri kawin..yang datang berkunjung.. berduyun2...yg dah kawin..yg baru kawin..dan yg dah lama kawin...tapi yg tak kawin2 tu..pa cerr...?hehhee...

Lagi satu....musim berkhatan...lain bahasa cakap "sunat"..ada yg teruja nak sunat...ada yg kecutt...ada yg buat konon2,,manco lah..( sebenonya kecut gak..hehehe )ialah zaman sekarang...dah mudah..moden..sakit jap jer..zaman aku..alamak....seminggu tak baik2...dan selalu di pesankan..jangan minum air banyak2...kang..bentan lak..( lain maksud apa ekk..? )...Bagi aku tu adalah kenangan silam buat aku...sekarang di perturunkan kegenerasi dan anak2....biar mereka rasa sendiri...( klu tak sunat....eeeee...hodohh...)hehehee...

27 NOV 08- ATTEN COURSE

Ari ni aku dikehendaki menghadiri satu course mengenai accident control teknik selama 2 ari yang diadakan di sebuah hotel. Perserta seramai kira2 18 orang. Ada seronok dan ada part boringggg.....bab makan...bestt....esok sambong satu ari agi...

26 nov 08-Majlis penutup

Semalam adalah hari terakhir dan penutup bagi anak2 angkat dari pelajar UTM Skudai. Selama 4 ari berkampong di Taman tempat aku tinggal..dan selama tu jugak kami setaman rewang untuk menyediakan segala kemudahan dan menu makanan untuk mereka..sama-sama menjayakan sukanika rakyat...malam kebudayaan dan bengkel2 ilmu.Melancarkan lama web Taman tempat kami tinggal yang di bangunkan oleh pihak pelajar UTM sendiri...wahh..kami dah ada laman web...nampaknya Taman kami yang tercanggih setakat nii...hehehe..dan di janjikan akan menyediakan kenderaan untuk penunduk Taman ke konvo yang bakal diadakan pada bulan Mac taun depan...emm meriah gak tuu..

24 Nov.08 - aku kna Tag

Soalan yg di ajukan oleh Jus...(kna jawab keeew? )
1. Wat are u doing 5 years ago?
* kalau dikira2...masa tu taun 2003.Dah kja kat Sime 15 taun...hasil apa yg aku buat...dapat bonos arr

2.Wat are 5 things on your to do list today ( 24/11/08 )?
* Biasanya nya arr...lpas siap2..g ngeteh dulu kat warong
* gi keja arr.
* G site ada tool box brieffing
* Cek status progress
* balik opis...on tenet / e-mail

3.Wat are 5 snacks that enjoy u?
* emm...tak ada arr...x minat..

4.Wat are 5 things that u do if u are billionaire?
* kna tunaikan zakatnya
* kna tunaikan haji
* Conform beli banglow ngan landskap sekali
* akn nak beli " sime darby " tmpat aku kja nii..( heheh )
* dah tu ajak kau org semua kja ngan aku...( hehehe )

5.Wat are 5 jobs u have had?
* finger print
* on pc
* pgi site..morning brieffing
* ronda2 kat site
* balik opis..bukak tenert / cek e-mail..pas tu..layan blog & chat...( peace... )

6.Who are 5 persons u want to tag?
* semestinya kau Dazz...
* my new friend..bunga..
* sha@kaizer...( kalau kau masih ada arr..)
* TBA
* TBA
YANG PASTI...NI JER MEMBER YG ADA SKRG NII...
SO..SUDI2KANLAH JAWAB YAA..

21 nov 2008 - TAG...?

Aku tak tau cam ner dinamakan Tag...tapi aku cuba gaklah...
1. Bagaimana aku dapat nickname bigfoot...pertama kali aku mengenali alam saiber dan orang yang pertama aku tag..adalah kau Dazz...( jgn lupa tu...)
2.Disebabkan begitu terujanya aku untuk mengenali sesorang....selepas kembalinya aku ketanah air selepas bertugas di indonesia...aku terus kesana...tapi sememangnya aku tak diundang..dan hasilnya kau orang pun tau kan....emmmmmm..kenalah aku pulang kembali pada malam tu jugak....memg mengong aku ni...hehee..cari pasal///
3.kali ini aku terpanggil pulak utuk mengenali blog...kau orang pun tau aku memanglah tak hebat dalam dunia saiber nii...aku nak cuba gak lah...so hasilnya...ginilah...and aku cuba gak utk upgreadkan blog ni...( ada sesiapa nak tolon..)
4.kau jugak Dazz..orang pertama yang aku link....sori..
5.akan aku cuba untuk kekalkan rasa persahabatan ini...( boleh ke..)
6.emmm sampai bila..ekk...( dazz tolon jawab..)
7.Rasanya hampir 3 taun aku berada didalam dunia saiber nii...u still my friend Dazz////
Ok..that all...any comment..pls send to me....love u all...

20 nov 08 - memotong kuku

Sementara aku ngah karang2..dan ingatkan apa yg aku nak Tagkan nanti....aku nak peturunkan sedikit adab dan kelebihan memotong kuku...bukan gigit tauu...
Begini...sunat memotong kuku pada hari isnin , khamis dan jumaat.Disini di tetapkan iaitu jika...memotong kuku pada hari.....
Jumaat - Allah keluarkan segala dosa dan di kurniakan rahmat dan nikmat
Sabtu - Allah keluarkan ubat dan di masokan penyakit (..ingat tuu )
Ahad - Allah keluarkan kekayaan dan di masokan kepapaan (.miskinlah npaknya..)
Isnin - Allah keluarkan penyakit gila dan di masokan kesihatan..( kalu gila-gila...? )
Selasa - Allah keluarkan rahmat dan di masokan penyakit..
Rabu - Allah keluarkan penyakit was-was allah masokan kepapaan
Khamis - Allah keluarkan penyakit gila dan allah masokan penawar dan ubat.
Kesimpulannya...hari yang baik untuk aktiviti memotong kuku adalah hari Jumaat , Isnin dah Khamis sahaja

Adab dan cara memotong kuku
1. Cuci tangan dan kaki dengan air yang bersih agar kuku lembut
2. Lakukan di tempat yang terang supaya tidak luka..
3. Gunakan pemotong kuku yang tajam
4. Mulakan dengan bacaan " Bismillah...."
5. Niat membersihkan kuku kerna Allah semoga dapat ibadah kepada allah dlm keadaan yg baik,bersih dan betul
6. Kumpul semua keratan kuku dan ditanam atau ditaburkan pada tanah..( itulah asal usul kita..ingat tuu )
Ada dua keadah memotong kuku mengikut ibnu Hajar dan Shekh Ramli
Cara Ibnu Hajar
Sunat dan afdal dimulakan daripada tangan kanan:
1.jari telunjuk
2.jari tengah ( jari antu..)
3.jarimanis
4.jari kelingking
5.ibu jari
Tangan kiri :
1.jari kelingking
2.jari manis
3.jari tengah
4.jari telunjuk
5.ibu jari
SO...perhatikan jari jemari anda....adakah ia bersih...?

18 nov 2008 - Birthday

Semalam ( HARI MINGGU ) aku meraikan hari jadi anak bungsu aku yang ke 12.Ramai gak jemputan yang hadir dan doa selamat dibacakan dgn harapan agar sejahtera kehidupan Amirul Fekree tu hendaknya..dan hadiah di tuntut dari aku yang sememangnya telah aku sediakan..iaitu sebuah handpone..dan sememangnya itulah idaman dia..disamping lain2 hadiah ( salam kautlah anak aku tuu )..dan seterusnya mendaftar untuk mendapatkan MY KAD...ai..dah besar anak aku tuu..( pasal dah ada MY KAD kan...)Kepada kekawan yang menyambut hari lahir masing2..ku ucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi kalian...semoga sejahtera dan berbahagia selalu....amin.

13 nov 2008 - cermin diri

Setiap kali ketika aku memandu...aku akan on radio era...ada satu segmen yang di utarakan oleh Dr Fadilah Kamsah. Dia ada mengatakan iaitu ada manusia mendapat rahmat..kesenangan.kejayaan..kerana mereka itu taat..selalu berdoa..taubat..ibadat...tapi jangan lupa jugak..katanya..ada manusia itu allah beri kenikmatan..kejayaan..kekayaan...dan segala macam kesenanganlah...walaupun mereka itu..buat jahat..menipu..sombong..dan segala macam kemungkaran..tapi cara bagaimana kah pemberian dari Allah itu...iaitu kalau mereka itu taat...buat kebaikan..allah berikan kenikmatan itu dengan rasa kasih sayang..dimuliakan..tapi bagi orang2 yg mungkar pula walaupun allah itu berikan mereka segala kesenangan..tapi dengan cara
"istidaq " iaitu secara marah..fed up..dan tiada rasa kasih sayang..jadi disitulah perbezaan.. iaitu rasa kasih sayang dan satu lagi rasa kemarahan...so kita renung2lah...dimana bahagian kita...renung2kan dan selamat beramal...

7 nov 2008 -lambat bangun

Alamak...ari ni aku terlewat bangunnnnn.....tolonggggg.....
kelam kabut dibuatnya......cepatt...cepat...

6 nov 2008 pedoman

Riwayat hadis daripada Anas bin Malik bermaksud:" Kezaliman itu terbahagi kepada tiga1)kezaliman tidak diampunkan Allah
2)kezaliman diampunkan Allah
3)kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu
Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik.Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia keatas dirinya dan Tuhannya.Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa diantara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dahulu"

so fikir2kan lah..yaa..

5 nov 2008 - Perempuan itu susah....

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya playboy.

2. Jika kamu berpakaian segak dia fikir kamu sedang cuba untuk tarik perhatianmu.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu ego.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk mengawalmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu pondan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada wanita-wanita, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar.

so apa pandangan anda wahai wanita.......

4 nov 2008 - Pesanan

Pesanan dari Tengku Abd Rahman Putra Al Haj

"Masing-masing mahulah sedar
diatas tanggungan masing-masing
kerna hendak mencapai
kemerdekaan senang sekali
daripada hendak mengekalkan
kemerdekaan apabila telah tercapai."


Jadi anda fikirlah sendiri.....

3 nov 2008--satu kejutan

Hari ini aku di kejutkan dengan satu berita iaitu salah seorang rakan kami di tempat kerja walaupun dia mewakili claint ( Petronas )telah kembali kerahmatullah semalam di sebabkan jantong....semasa itu beliau datang bekerja di site...sempat di hantar ke hospital dan akhirnya......
Semoga rohnya dihimpunkan dengan orang2 yang di beri rahmat...alfatihah.....amin.

2 nov 2008 - jalur gemilang

Adakah anda semua tahu bagaimanakah irama lagu jalur gemilang bendera kita...marilah sama2 kita hayati senikata...
Jalur Gemilang.

Merah Mu bara semangat waja
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang di bawah naungan Mu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah..
Berkibarlah...
Berkibarlah...
Jalur Gemilang.

Lagi satu kau orang ni tau ke sapa pencipta bendera kita nii..? cuba jawab....hehee
( mesti tak tau nii...)tanyalah....tak tanya mna tau kan....

1 nov 2008

Sempat Dunia Berhenti Berputar
Saat Manusia Tak Sanggup Lagi Berharap
Ketika Mentari Tak Sanggup Lagi Berjanji
Menyinari Dunia Yang Telah Kau Singgahi

Mampukah Kau Untuk Berbagi
Tanpa Hasrat Ingin Diberi
Dihadapannya.... Dihadapan Mu Ya Allah..

Sesungguhnya Manusia Tak kan Bisa
Menikmati Surga Tanpa Ikhlas Dihatinya
Sesungguhnya Manusia Tak Kan Bisa
Menyentuh Nikmatnya Tanpa Tulus Dihatinya

Nanyian :Ungu
Tajuk :Sesungguhnya
Giptaan :Once

1 nov 2008






Ini adalah gambar kenangan semasa majlis sambutah hariraya serta safety day yang di adakan ditempat kerja aku.Pentas dan back drop..haa yg tu hasil kerjasama yang aku dapat.....dan yg di meja vvip ni adalah dayang2.......(hehehee...)