27 dez 08--maal hijrah

Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib
)


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka Syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini"..



Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar )





Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


semoga seluruh umat dapat menghayati maal hijrah 1430...dan diharap dapat mengapai segala cita2 yang terbukam selama ini..( ehh..ok ke bahasa yg aku gunakan nii...? )

26 dez 08 - renungan

Hakikat pernikahan..........renungkanlah

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah
pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jadi dimanakah ANDA.......

Ini adalah aku dan isteri ku...klu ada gamba bonda dan ayahenda ku kelak..akan ku framekan disini..

22 dez 2008 - Terima kasih sahabat..


terima kasih sahabat...kerana ingin bersahabat dengan ku...

17 dez 08 - Medical chek up

Hari ini aku di arahkan oleh pihak majikan untuk melakukan full medical check up di Hospital Pakar di jalan Abd Samad Johor Bahru.Ramai gak dari team member di arahkan berbuat demikian untuk mengetahui tahap kesihatan diri masing2. Memang telah lama kami tidak melakukan pemeriksaan kesihatan..at least once a year..sampai disana...buat pendaftaran..ambil sampel darah..x ray..ambil sampel urine..scan pinggang dan perut ( tentunya saluaran air urine sekali kan...) dan ICG ( denyutan jantung )..bermacam wayar dilekatkan kat tubuh badan aku ni..dan disuruh berjalan diatas walking mechine yang akan bertukar tahap kelajuan selepas setiap 3 minit...oooo boleh tahan penat gak...calang2 kesihatan..tak sanggup beb nak lalui kesemua tahap kelajuan tersebut...Aku..ehhhemm..biasalah..setakat ni..alhamdulilah...segala2nya baik dan sihat..aku tak merokok....family back ground ok...kerap gak bersukan untuk maintain tahap kesihatan...alhamdililah..semoga allah mengekalkan tahap kesihatan kepada ku...amin...kepada yang kuat merokok..cubalah sedikit demi sedikit mengurangkan tabiat tersebut agar tahap kesihatan anda terjamin.

16 dez 08- ucapan terima kasih



Daz...terima kasih di ucapkan di atas kesudian daz menganugerahkan penghargaan cam niii...( bangga nya akuuu....)

15 dez 08- Teka teki

Kepada sesiapa yg lalu kat laman rumah aku..klu nak jawab aku alu-alukan...
soalan nya cam nii..
Macamana orang2 eropah tu dapat nama untuk kapal angkasa lepas mereka iaitu " APOLLO "Cuba jawab....?Sapa dapat beri jawapan yg tepat seperti mana jawapan pada tangan para juri..aku bagi adiah...Top up..Rm 10 (ehhh...cukuplah tu..)
Selamat mencuba.....

15 dez 08-cerita hikayat moden

Subject: Fw: Dua Bangla yg SENGAL...Hahaha....
Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab . Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;
"Fuel!, Sodoqallah'hul..azim",
baruler.. Pak Arab tu paham & teros blahhh...
(Haaahaa..sengal lah kau ..)

15 dez08

Hujan yang turun..bagaikan mutiara..
Bersinar..berkilau.. berkerdipan..
Subur menghijau..bumi terbentang..
Dan bayu bertiup lembut..
Cinta yang bersemi...diwaktu hujan turun..
Menyirami ketandusan hati...
Dan hujan turun mengiringi engkau pergi...

( pa hal lak..lagu ujan nii...hahaa..)

13 dez 08- Breast cancer

Hi All,

Pls sent it to u love one.......!!!


Why breast cancer is usually found near the armpit?
>
> Why breast cancer is usually found near the armpit?
> October is Breast Cancer Awareness month.
>
> Some time ago, I attended a Breast Cancer Awareness seminar. I asked why the
> most common area for Breast Cancer was near the armpit. My question could
> not be answered at that time. This email was just sent to me, and I find it
> interesting that my question has been answered.
>
> I challenge you all to rethink your every day use of a product that could
> ultimately lead to a terminal illness. As of today, I will change my usage.
> A friend forwarded this to me.
>
> I showed it to a friend going through chemotherapy and she said she learned
> this fact in a support group recently.
>
> I just got information from a health seminar that I would like to share.
> The leading cause of breast cancer is the use of anti-perspirant.
>
> What? A concentration of toxins which leads to cell mutations, a.k.a.CANCER.
>
> Yes, ANTI-PERSPIRANT. Most of the products out there are an anti-perspirant
> /deodorant combination, so go home and check. Deodorant is fine,
> anti-perspirant is not.
>
> Here's why:- The human body has a few areas that it uses to purge toxins;
> behind the knees, behind the ears, groin area, and armpits. The toxins are
> purged in the form of perspiration. Anti-perspirant, as the name clearly
> indicates, prevents you from perspiring, thereby inhibiting the body from
> purging toxins from below the armpits.
>
> These toxins do not just magically disappear. Instead, the body deposits
> them in the lymph nodes below the arms since it cannot sweat them out.
> Nearly all breast cancer tumors occur in the upper outside quadrant of the
> breast area. This is precisely where the lymph nodes are located.
>
> Additionally, men are less likely (but not completely exempt) to develop
> breast cancer prompted by anti- perspirant usage because most of the
> anti-perspirant product is caught in their hair and is not directly applied
> to the skin.
>
> Women who apply anti-perspirant right after shaving increase the risk
> further because shaving causes almost imperceptible nicks in the skin which
> give the chemicals entrance into the body from the armpit area.
>
> PLEASE share this with anyone you care about.
>
> Breast cancer is becoming frighteningly common. This awareness may save
> lives.

so sesiapa yg gemar menggunakan pewangi ketiak tu..hati2....

12 dez 08-apakah amalan selepas makan anda..?




Heart Attacks And Drinking Warm Water





This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attacks . The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.
&nb sp;
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack...
A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line .
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.

A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & Send to a friend. It could save a life. So, please be a true friend and send this article to all your friends you care about.

I JUST DID - -

9.DEZ.08 - Pesanan kepada penggemar nescafe

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


'sharing is caring.

Dear Friends,
I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe. U may change ur diet....

8.dez.08.Hari Raya Aidil Adha

Allah hu akbar ( 3x )
Laillahhaillah Wallah Huakbar
Allah huakbar wallillah ilham..

Maka bergemalah Takbir , Tasbih dan Takhmid...memuji kebesaran Illahi..
dan manusia disarankan menunaikan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas...

Setakat ini apakah pengorbanan anda....?

4 DEZ.08 - Kasih sayang

******Sekadar renungan utk dikongsi bersama...*****
NIKMAT KASIH SAYANG..........

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan...!!
Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada
saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai
tanggungjawab kamilah.

Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun
saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada
juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'
dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan
suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu
menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala
menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf
apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna
beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai
solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan
dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup
mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak
apalah..h..h...

Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan
mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak
pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba
memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik
masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang
ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam
bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus
berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata
perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut
mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara
sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah
seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"
saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan
nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar
lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya
mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.


"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya
mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut
mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih- Sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan
dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan
kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga
begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan
memahaminya.

"Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga
kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang .
Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air
mata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami
tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan
ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya
meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...
- terharu sungguh.......!!

Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis
Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>
kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia
ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah
dan lauk

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu........., kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang
bertaqwa......, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua
umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "
Amin.....

3 DEZ.08 Ucapan

Disini aku mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Hari raya Aidil Adha yang bakal kita rayakan pada 8 dez. nanti.Bersempena aidil adha ni...maka banyaklah yang kena korban...selain lembu2 yang bakal di korban sebagai menunaikan ibadah kita...selain itu kita juga kena korban..bukan korban apa...kena korbankan masa kita,,,tenaga kita...untuk menjayakan ibadah ini...bukan sikit lembu2 yg bakal dikorbankan taun ni di surau tempat aku nii.....8 ekor beb..so.." sudahkan anda menunaikan ibadah korban anda ? " Anda mampu..sememangnya mampu..untuk menunaikannya...wassalam