Luqman al Hakim Contoh Bapa Terbaik
Ahli sufi dan ulama terkenal,Luqman al Hakim adalah contoh bapa terbaik. Beliau banyak meninggalkan pesanan berguna kepada anaknya yang boleh dijadikan panduan kepada seluruh kaum bapa.
Kata Luqman kepada anaknya:
"Wahai anakku! Apabila engkau ingin mencari teman sejati maka ujilah terlebih dulu dengan perkataan yang menaikkan kemarahannya. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihati mu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan dan jika bukan demikian maka berhati-hatilah terhadapnya.
Perbaikilah tutur katamu,haluslah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
Kata Luqman lagi: "Wahai anakku! Apabila engkau berteman jadikanlah dirimu orang yang tidak mengharap sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian dan menagih sanjungan daripada orang lain. Ini kerana jika itu yang kamu hajati dirimu akan beroleh kecelakaan. Usahakan agar mulut mu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika engkau berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
Janganlah engkau cenderung dan sibukkan dirimu kepada hal dunia semata-mata sehingga melupakan akhirat kerana engkau diciptakan oleh ALLAH bukannya untuk urusan dunia saja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Terima kasih atas ingatan....
=D
eleea....salah satu sumbangan yg kecil yg dapat sya hulurkan..utk sesiapa yg sudi ...kann..anyways thank..
anaz...
terima kasih...
leh bagi² ni soh calon² baca hahaa...
buat belajar...
ekkekee...
sha...tq..kerna sudi singgah nii..baguss..leh sampai2kan..pada yg sudi...
Post a Comment