7/11/1009 - Tugasan yang hampir selesai

Assalamulaikum
Tiba masanya aku mengisi kembali ruangan yg selama ini aku tinggalkan. Bukan apa hanya kesempatan masa yang begitu terhad ketika ini.Maklumlah aku berada disetuasi yang memerlukan commitment semua pekerja untuk menyiapkan projek yg diamanahkan. Alhamdulilah..dua buah module atau platform telah selamat dihantar kelokasinya diperairan sabah dan berbaki dua lagi platform untuk di siapkan pada penghujung tahun ini dan bakal dihantar diperairan Terangganu. Ketika ni kerja2 berada pada tahap kemuncak kerana hanya ada masa selama sebulan sahaja lagi.Insaallah akan dilampirkan sekali poto2 platform yg telah selamat dipasang ditengah lautan sabah.Inilah sumbangan kami untuk kemajuan teknologi petrolium negara.Kepada semua sahabat2..ku ucapkan assalamulaikum..semoga diberkati allah selalu.Wassalam

21=10 2009

Wah begitu lama aku tinggalkan laman aku ni...aku tak kesempatan dan bait2 malas dah menguasai diriku....
Ahhh..biarkan lah dulu...aku nak bela penunggu kt sini...heeee...

31 Ogos 2009 - Selamat menjalani ibadah puasa dan hayati erti kemerdekaan

Selamat berpuasa di bulan Ramadan al mubarak semoga amalan yg di kerjakan insallah diterima Allah dan tunaikanlah seikhlasnya. Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun.Anda semua tahu apakan selogan pada tahun ini?Kalau tidak pasti..selak2 dan bacalah di akhbar2 atau di kaca tv.Ohh ya..sesungguhnya sudah lama saya meninggalkan blog ini....ialah bukan apa kesempatan dan ruang masa yang tidak mengizinkan. Ketka ini saya dan rakan2 di sini sedang berusaha untuk mengeluarkan produk yg kami hasilkan untuk di hantar kepada pelanggan iaitu Petronas Carigali.Ianya berlanjutan sehinggalah hampir menjelma aidil fitri.Ianya akan dipasang sekitar perairan Serawak.Insallah selepas projek ini siap..maka adalah ruang masa untuk mengisi blog ini dan mengunjungi teman2..
sekian....( ehh macam anta surat lak...hehheheh..)

apakah personaliti anda...30/07/09

Apa2pun, jom kita layan dulu artikel tentang RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI ini. Zassssss…………..
Oppssss….sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.
So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?
1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)

• PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!
Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

• BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.
Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.
Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

• TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

• BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

• GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.
so anda baca dan lihat2 diri anda dan pasangan anda....

22 jun 2009 - cara nak jawab pone time boring..

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Haa..cobalah...hehehee

memo cuti - 16 jun 2009

Perkara : CUTI SAKIT

Kepada : Semua Pekerja

Daripada : Pihak Pengurusan

Salinan : Semua Pembaca Memo Ini



Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru
berkenaan

pengambilan cuti sakit.



Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu

anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit.Itu

cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunan

walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau

dibawa ke tahun seterusnya.



MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang

cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok

bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau

dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.



Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit

sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan

pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.



Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda

tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara
serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan
yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi
tidak digalakkan.



Sekian, harap maklum.



"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,

BERCUTI SAKIT DAHULU,

HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"


Yang Benar

Pihak Pengurusan

24 may 2009 -hubungan antara manusia & buah2an

Hubungan antara manusia & buah-buahan


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!


Opsss! Jgn marah yaaa... hehehehe

20 may 2009 - aku dibelengu kebizi..an

oohhhh....kebizi-an kini membelengu ku..
membuatkan otak ku buntu untuk menekan butang2 hurup...
tumpuan ku hanya utk menamatkan kebizi-an ini..
agar dapat kembali kearena bloging ini....ohhhh..go..go..goooo..

10 may 2009- ekspo perdagangan




























Hari ini aku mengajak family aku jejalan ke pusat bandaraya JB.Nak ajak tengok ekspo perdagangan yang diadakan diPERSADA JOHOR.Banyak pamiran produk yang dipamirkan mengenai hasil pertukangan,kesenian dan berbagai produk kesihatan,batik,kraftangan dan pamiran berbagai-bagai lagi hasil industri kecil.

8 may 2009 - aktiviti malam



Inilah aktiviti malam yang selalu aku buat....3 kali dalam seminggu. Bukan apa..lain2 game memang aku tak berapa mahir dan minat.Boleh juga mengeluarkan peloh...untuk menstabilkan stamina...kan...so apa aktiviti malam anda..? tak kan tido jer..beb..

5 May 2009- sedikit renungan utk tatapan bersama

Luqman al Hakim Contoh Bapa Terbaik

Ahli sufi dan ulama terkenal,Luqman al Hakim adalah contoh bapa terbaik. Beliau banyak meninggalkan pesanan berguna kepada anaknya yang boleh dijadikan panduan kepada seluruh kaum bapa.
Kata Luqman kepada anaknya:
"Wahai anakku! Apabila engkau ingin mencari teman sejati maka ujilah terlebih dulu dengan perkataan yang menaikkan kemarahannya. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihati mu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan dan jika bukan demikian maka berhati-hatilah terhadapnya.
Perbaikilah tutur katamu,haluslah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
Kata Luqman lagi: "Wahai anakku! Apabila engkau berteman jadikanlah dirimu orang yang tidak mengharap sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian dan menagih sanjungan daripada orang lain. Ini kerana jika itu yang kamu hajati dirimu akan beroleh kecelakaan. Usahakan agar mulut mu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika engkau berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
Janganlah engkau cenderung dan sibukkan dirimu kepada hal dunia semata-mata sehingga melupakan akhirat kerana engkau diciptakan oleh ALLAH bukannya untuk urusan dunia saja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

2 may 2009- sukanika keluarga

















Ketika ni aku sekeluarga berada dikampong..kebetulan ada sukanika keluarga penduduk diadaakan. Berbagai acara diadakan seperti gubahan , masakan , teka ( macam2lah teka.. )tarik tali..dan gerai jualan.Aku ada juga turut serta dlm masakan..gubahan
( mem aku arr...)dan sebagai penonton..hahaaa ( aku arr tuu )

2 may 2009 - menjamu selera




Semalam aku sekeluarga menjamu selera di KFC..kebetulan dapat baucher potongan harga di KFC.Walaupun aku tidak berapa gemar makan di KFC ni..tapi aku layankan jugaklah kehendak mereka nii..maklumlah cuti sekolah nii...biarkan mereka merasa puas..( emm..puas ke makan ayam tuu...)tapi yg pasti...abis ..

1 May 2009-Burger king



OOOOOO...yyaaa...sesiapa yg punyai anak atau anak saudara ke atau sesiapa saja yg hayper aktif..mungkinkah cara begini dapat meredakan mereka....( heheheeee...)
lihat dan fikirkanlah....

1 May 2009 - T€ag pemberian dari sahabat




Sempena Hari Pekerja ni....adalah masa sedikit untuk aku melabuhkan jari jemari ni..untuk n3 yg tak seberapa ni. Sememangnya telah lama aku tidak berkesempatan utk menambah n3 aku.Dengan adanya pemberian award dari eleea nii...aku ucapkan terima kasih.Sempena hari Pekerja aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja..kuatkan semangat dan lebih produktif.OHH YA.hari ni juga adalah hari jumaat. SO Khatib ada memberi peringatan semasa menyampaikan khutubah jumaat tadi iaitu sempena hari Pekerja,iaitu bekerjalah dengan jujur dan amanah kerana apa yg dimakan dari hasil kerja tadi akan menjadi darah daging kita..so diharapkan rezeki yg kita dapat adalah halal.Anyways selamat bercuti. Sekli lagi TQ ELEEA

19 april 2009- tetiba kena tampar




Dah..dah...pegi buat kja...( alamak komputer dah warning beb...)jom..jom..blah...pi kja...

Haa..token ni utk sesiapa yg sudi singgah disini..ambilah...

03 april 2009 - Jawapan Tag....

Ari ni aku nak jawab Tag yg diberikan oleh cikdaz pada aku..

apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu
# nama blog aku "bigfootanaz"..Belerang Merah...nama bigfootanaz tu aku dapat masa aku bertukar2 citer..ngan cik daz..kann..kan..( ada citernya tuu )

apakah nama link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu
# http://www.bigfootanaz.blogspot.com ( idea tu masa aku pening dan ngigau cam ner nak buat blog pada mula2 dulu..hehhee..)

apakah method penulisan dalam blog anda
# ala..biasalah..aku akan muatkan aktiviti yg aku buat...u all leh nampakan..tu jer idea yg aku ada..

pernah rasa nak hapuskan blog? kenapa?
# tak penah...aku baru nak mula berjinak2 ngan blog nii..

apakah pendapat anda tentang pemilik blog yang menghadiahkan tag ini kepada anda
# jari jemari dia memg cantik..hehheee..

senaraikan 5 orang yang bakal anda tag
# aku sebenarnya tak ramai kekawan dlm blog nii..so sesiapa yg terpikat kat blog aku ni..klu sudi...amiklah tag ni dari saya..ok..

2/4/09....TAG..

tag?....aku kna tag..?emm tak per..atih..nanti a.long jawab ok...tapi bkn searang tau...

31 March 2009 - balasan kad


Ini khas buat Ateh...( cik Daz lah )..sebagaimana yg sya janjikan akan balas kad yg diberikan pd sya..tq

31 March 2009- HAZMAT








Sebagaimana yg di beritahu semalam...hari ini latihan amali mengenai Hazmat ( pengendalian kecemasan ). Banyak pengetahuan yg diajar mengenai Hazmat Handling walaupun kami baru dalam bidang tersebut. Ini gamba2 nya..

30 Mac 209 - Tugas sebenar...








Ini adalah tugas sebenar aku.Aku di pertanggungjawabkan untuk pemasangan segala equipment yg terdapat didalam module. Salah satunya adalah " vessel ".Anda tak perlulah tau apakah itu vessel...klu nak tau..perkataan yg mudah adalah..tangki...segala kesukaran kena hadapi untuk memasukan equipment tersebut.Haaa..inilah tugas2 aku...yg lain tu sukarela..that why our uniform red colour..different with others because we are emergency respone team ( ERT )Inilah sedikit gambaran kerja2 pemasangan tersebut..untuk selesaikan tugas tersebut..aku kna stay at site until 1200 malam..beb..

30 Mac 2009 - Latihan pengawalan tumpahan chemicial






Hari ini dan esok..aku menghadiri course mengenai pengendalian tumpahan chemicial.Hari ni di bentangkan secara tiori dan esok akan diadakan pertical.Cara pengendalian breathing apperatus dan suit perlindungan diri ( CPS ).Ada gambar nya disini...

28 Mac 2009 = utk aku.....


Emmm..aku agak teruja gak...Anyways Atih...tima kasih arr..aku nak balas ngan apa ni ekk..?Nantilah aku fikirkan....Org laen jgn jelez.....
Moga2 lagi berserilah blog aku...sebab dah ada senyuman manis disini...

27 Mac.2009 - Pertandingan Kecekapan








Semalam kami masok kepertandingan kecekapan berpasukan anjuran Majlis Pembandaran dan Pihak Bomba.Memakan masa 4 ari kami training..oleh kerana kesibukan hal2 kja..tapi kerana semangat kami turut serta.Walaupun x termasok dalam gulungan best of the best...tapi kami puas kerana dapat membawa nama syarikat. Inilah poto2 yg dapat sya selitkan..