10 okt 2008 - aktiviti semalam

Semalam adalah satu hari yg penuh dengan aktiviti yg harus aku sempurnakan.Selepas tugas seharian di tempat kerja,aku menghadiri satu sesi taklimat dan peresmian persidangan di dewan johor jaya dan di resmikan oleh dato khalid nordin.Habis majlis kira2 pukul 11 malam. Pulang kerumah..salin pakaian dan terus ke stor surau untuk memunggah peralatan seperti khemah dan alat2 memasak. Malam ni kena pasang khemah kawin di taman sri alam berserta alat2 memasak sekali.Dianggotai seramai 8 orang kami bergerak kelokasi..dan seterusnya kami memasang khemah tersebut. Khemah bersaiz 40'x20' ada 2 buah, 20'x20' ada 2 buah dan satu khemah utk memasak.OOOooo...penat giler beb...tengok jam dah pukul 3.30 pagi...tak siap lagi nii...pasang punya pasang..tengok jam dah pukul 5 pagi.Sampai rumah pukul 5.30 pagi dah azan subuh berkumandang...dan aku terus mandi serta menjalankan tanggung jawab aku..dan seterusnya terus ketempat kerja..yang berbaki lagi 5 minit pukul 8 pagi...sempat finger print..tak merah...emm ari ni aku menggantuk tak..?( jawab sendirilah..)

No comments: