8 okt 2008 - aku beraya lagi

Malam semalam...selepas aku berbelanja barang2 dapur digiant plentong..aku singgah untuk beraya di rumah bekas majikan aku dahulu.Maklumlah dah lama tak mengunjungi beliau sekeluarga.Aku dijemput masok kedalam rumah beliau....juadah hanyalah kueh2 raya sahaja..maklumlah aku sampai pun dah dekat kul 10 mlm..tapi x per janji dapat ziarah..banyak lah jugak topic perbualan kami..dan yang aku tak sangka iaitu adik ipar beliau rupa2nya telah meninggal dunia pada tahun lepas semasa tidor...suspek serangan darah tinggi..umo sekitar 30 puluhan..Tak sangka..arwah dulu sama aku sama2 tido sebilik...rupa2nya telah kembali ke rahmatullah..semoga roh beliau tergolong dari orang2 yang soleh..amin
Satu pengajaran iaitu semasa kita sihat ni...jagalah kesihatan , buat senaman untuk menyihatkan badan..sekurang2nya adalah aktiviti yang boleh membakar segala lemak2 didalam badan..yang mana berat badan terlebihlah sudah tu...cuba2lah turunkan berat tu...okk..

No comments: