13 okt 2008 - kisah semalam

Aku sekeluarga merancang untuk mengadakan rumah terbuka...jemput semua kekawan sekerja aku dah jiran2 sekeliling umah aku. Jadi menu yang kami sediakan adalah ;
1)nasi beryani lauknya adalah ayam masak merah, daging masak kormak dan rojak darat
2)mee rebus
3)kueh mueh
Air biasalah sirap sejuk...dan sirap campor oren...sedap gak rasanya.Segala bahan2 untuk di masak telah kami sediakan seperti beras basmathi 15 kilo . ayam 6 ekor potong 16 dan daging 10 kilo. Itu adalah bahan utama..yang lain2 kami beli dipasar berdekatan sahaja.Teraju utama adalah MEM aku.Dia sedari malam minggu bertungkuslumus menyiapkan segala bahan2 untuk di masak.Aku biasalah..kena habiskan jadual marhaban di taman aku yang sememangnya tahu akan clear area pukul 11 malam.Basoh ayam.basoh daging siapkan bahan2 tumis dan juga telah dapat menyediakan 3 jenis kueh pada malam tersebut iaitu kek kukus , kek bakar dan apam tepong beras. Goring ayam dan gulai daging juga dilakukan pada malam tersebut.Jadi esok hanya masak nasi,masak kuah mee rebus dan penyediaan air minuman.Jadual untuk open house adalah hari ahad bermula pukul 4 petang hingga malam.Alhamdulilah segala persediaan telah dapat disiapkan mengikut jadual.Waktu malam adalah waktu kemuncak dimana ramai kekawan datang disamping jiran2 yang ada disitu.Tentang makanan..alhamdulilah..cukuppp.Penat?.....emmm mestilah....tapi puas kerana di kunjungi kekawan dan jiran2..dan malam ni pulak..marhaban perempuan akan bergerak dilorong umah aku...emmm..masak dan makan agi...tapi masak kali ni...share lah ngan jiran2 depan umah tuu...emm..meriah..meriah..dan aku pulak malam ni akan meneruskan aginda marhaban lelaki di lorong umah seterusnya.....jommm..g marhabann...

No comments: