18 okt 2008 - kerajaan johor




Kerajaan negeri
Johor adalah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar. Menurut perlembagaan tersebut, Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 36 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.
Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.
Negeri Johor dibahagikan kepada sepuluh daerah di bawah 15 pihak berkuasa tempatan, iaitu:

1. Batu Pahat:
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Majlis Daerah Yong Peng
2. Johor Bahru:
Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
Pihak Berkuasa Tempatan Nusajaya
3. Kulaijaya: Majlis Perbandaran Kulai
4. Kluang:
Majlis Perbandaran Kluang
Majlis Daerah Simpang Renggam
5. Kota Tinggi: Majlis Daerah Kota Tinggi
6. Mersing: Majlis Daerah Mersing
7. Muar: Majlis Perbandaran Muar
8. Ledang: Majlis Daerah Tangkak
9. Pontian: Majlis Daerah Pontian
10. Segamat:
Majlis Daerah Segamat
Majlis Daerah Labis
Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian

No comments: